Komputer
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Komputer adalah suatu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logic, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan dibawah kawalan suruhan yang disimpan dalam unit ingatannya. kebanyakan komputer juga untuk berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke internet. pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat komunikasi untuk mencapai, memproses mengurus, menyimpan, menghantar, dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar